Saturday, May 22, 2010

Ahli Baru lagi..

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah aku telah selamat melahirkan anak ke-3..

DOB : 14hb April 2010
Venue : Kuantan, Pahang
Weight : 2.9kg
Time : 2.40am
Gender : Girl
Name : Sadiqah Dayana



Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya sudah selamat..tima kasih di atas sms drpd kwn2 sekalian..mtk maaf sb lewat update blog dan new info..insya-Allah, abih berpantang nnt, kl ada kelapangan, aku akan cuba update apa2 yg patut ya..

Wassalam..

Friday, April 23, 2010

GengSMKTAM Kini Dilancarkan Di Facebook

salam semua,

atas sambutan yang hebat di FB, GengSMKTAM telah pun dilancarkan di FB...Jom Sertai Kami

Thursday, April 22, 2010

Wednesday, March 24, 2010

Welcome To Our New Member!




Congratulation and alhamdulillah....

Sahabat kita pasangan Suhana Bt. Zakaria dan Hisham Bin Ahmad telah selamat melahirkan anak teruna, Muhammad Aqif Bin Hisham seberat 3.66kg, pada 10:23am di Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar pd 23-3-2010.

Moga dengan kehadiran baby baru ini akan menambahkan lagi kebahagian dan keceriaan di dalam family ini.

Wednesday, March 3, 2010

Walimatul Urus 14th March 2010

WALIMATUL URUS....

Dengan segala hormatnya sahabat kita AZIZAN BIN ABDULLAH (SMTAM 1996 Form 5A) menjemput sahabat2 sekalian untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau pada tempat dan tarikh seperti yang tertera di lampiran kad jemputan di bawah.

Moga majlis ini akan berlangsung dengan penuh berkat dan meriahnya semeriahnya hati sahabat kita ni sekarang...hehehehe..
Dan marilah kita berdoa agar pasangan baru ini akan beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


Monday, February 8, 2010

Kelahiran Ahli Baru...

Assalamualaiku w.b.t...

Maafkan aku sb terlewat upadate blog sek kita ni..dan aku terlambat war2kan berita ttg kelahiran ahli baru dlm family Suriani (Sue)...

Nama penuh : Suhaila Ellysha Bt. Samsul
Berat : 3.1 kg
Tarikh Lahir : 18hb January 2010
Tempat Lahir : Hospital Raub, Pahang
Waktu Kelahiran : 2.40pm

Alhamdulillah kedua2nya selamat dan Sue berpantang di kgnya, di Sungai Limau..bg sesiapa yg dok berdekatan, blh la mengunjungi beliau..Tahniah drpd kami warga SMKTAM..

Assalamualaikum w.b.t...

Tuesday, January 19, 2010

IT dan Aku..Uzaini





Dunia la ni dunia yang penuh dengan IT..xsama macam zaman kita budak-budak dulu. Nak pegang komputer pun takut..inikan pula nak tekan2 taip tak tahuan hala..ingat lagi kat Malik dulu aku masuk kelas komputer..belajaq DOS ja kot..macamana benda tu pun aku dah lupa..dok ingat nama dia ja lagi..punyalah ketaq nak buh disket dalam lubang disket tu..apa la..last2 berapa bulan ja la aku pi kelas tu..selebihnya aku 'tuang'..takut hapa ntah..aku pun xtau.
Nak dijadikan cerita aku ni mengaji serajin yang mampu..dapat la result yang cukup makan dalam SPM..ditakdirkan,direzekian Allah untuk aku sambung belajaq kat UTM..ke'ghaplahan' aku bermula balik bila nak kena buat assignment...aduh! nak kena taip pakai komputer pulak..nak buat macamana lagi...

Dalam ramai2 budak2 baru ni..ramai jugak yang seangkatan ngan aku rupanya..pakat dok mengeluh...last2 ada la sorang tu bawak typewritter...fuh!! macam terlepas dari diceki ja rasanya..bergilir2 pakai buat assignment..siap dan hantar..termenung jap..nyesal aku x belajaq komputer dulu baik2..kan dah semak perut..alahai..nasib..

Jadi la ni aku ambik langkah awai..mungkin terlalu awai jugak kot..dok ajaq Aina Hadirah biasakan tengok laptop ni..so far, kena tiap2 hari la bukak kat dia belajaq A,B,C..alif,ba,ta...layan Upin Ipin lagi..xbukak dia keriau...bagi dia pegang mouse,tekan2 keypad..tampaq lagi...

Dengan harapan yang besaq,aku berkata dalam hati....
"Aina, nanti dah besaq jangan buta IT macam ayah dulu..."


Thursday, January 7, 2010

Kelahiran Anakanda Sulung Royhana


Salam semua,

Just nak umumkan bahawa Royhana telah selamat melahirkan anak sulungnya pada 01.01.2010...
Nama : Muhammad Aryan Zidan