Saturday, May 22, 2010

Ahli Baru lagi..

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah aku telah selamat melahirkan anak ke-3..

DOB : 14hb April 2010
Venue : Kuantan, Pahang
Weight : 2.9kg
Time : 2.40am
Gender : Girl
Name : Sadiqah Dayana



Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya sudah selamat..tima kasih di atas sms drpd kwn2 sekalian..mtk maaf sb lewat update blog dan new info..insya-Allah, abih berpantang nnt, kl ada kelapangan, aku akan cuba update apa2 yg patut ya..

Wassalam..

Friday, April 23, 2010

GengSMKTAM Kini Dilancarkan Di Facebook

salam semua,

atas sambutan yang hebat di FB, GengSMKTAM telah pun dilancarkan di FB...Jom Sertai Kami

Thursday, April 22, 2010

Wednesday, March 24, 2010

Welcome To Our New Member!




Congratulation and alhamdulillah....

Sahabat kita pasangan Suhana Bt. Zakaria dan Hisham Bin Ahmad telah selamat melahirkan anak teruna, Muhammad Aqif Bin Hisham seberat 3.66kg, pada 10:23am di Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar pd 23-3-2010.

Moga dengan kehadiran baby baru ini akan menambahkan lagi kebahagian dan keceriaan di dalam family ini.

Wednesday, March 3, 2010

Walimatul Urus 14th March 2010

WALIMATUL URUS....

Dengan segala hormatnya sahabat kita AZIZAN BIN ABDULLAH (SMTAM 1996 Form 5A) menjemput sahabat2 sekalian untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau pada tempat dan tarikh seperti yang tertera di lampiran kad jemputan di bawah.

Moga majlis ini akan berlangsung dengan penuh berkat dan meriahnya semeriahnya hati sahabat kita ni sekarang...hehehehe..
Dan marilah kita berdoa agar pasangan baru ini akan beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


Monday, February 8, 2010

Kelahiran Ahli Baru...

Assalamualaiku w.b.t...

Maafkan aku sb terlewat upadate blog sek kita ni..dan aku terlambat war2kan berita ttg kelahiran ahli baru dlm family Suriani (Sue)...

Nama penuh : Suhaila Ellysha Bt. Samsul
Berat : 3.1 kg
Tarikh Lahir : 18hb January 2010
Tempat Lahir : Hospital Raub, Pahang
Waktu Kelahiran : 2.40pm

Alhamdulillah kedua2nya selamat dan Sue berpantang di kgnya, di Sungai Limau..bg sesiapa yg dok berdekatan, blh la mengunjungi beliau..Tahniah drpd kami warga SMKTAM..

Assalamualaikum w.b.t...

Tuesday, January 19, 2010

IT dan Aku..Uzaini





Dunia la ni dunia yang penuh dengan IT..xsama macam zaman kita budak-budak dulu. Nak pegang komputer pun takut..inikan pula nak tekan2 taip tak tahuan hala..ingat lagi kat Malik dulu aku masuk kelas komputer..belajaq DOS ja kot..macamana benda tu pun aku dah lupa..dok ingat nama dia ja lagi..punyalah ketaq nak buh disket dalam lubang disket tu..apa la..last2 berapa bulan ja la aku pi kelas tu..selebihnya aku 'tuang'..takut hapa ntah..aku pun xtau.
Nak dijadikan cerita aku ni mengaji serajin yang mampu..dapat la result yang cukup makan dalam SPM..ditakdirkan,direzekian Allah untuk aku sambung belajaq kat UTM..ke'ghaplahan' aku bermula balik bila nak kena buat assignment...aduh! nak kena taip pakai komputer pulak..nak buat macamana lagi...

Dalam ramai2 budak2 baru ni..ramai jugak yang seangkatan ngan aku rupanya..pakat dok mengeluh...last2 ada la sorang tu bawak typewritter...fuh!! macam terlepas dari diceki ja rasanya..bergilir2 pakai buat assignment..siap dan hantar..termenung jap..nyesal aku x belajaq komputer dulu baik2..kan dah semak perut..alahai..nasib..

Jadi la ni aku ambik langkah awai..mungkin terlalu awai jugak kot..dok ajaq Aina Hadirah biasakan tengok laptop ni..so far, kena tiap2 hari la bukak kat dia belajaq A,B,C..alif,ba,ta...layan Upin Ipin lagi..xbukak dia keriau...bagi dia pegang mouse,tekan2 keypad..tampaq lagi...

Dengan harapan yang besaq,aku berkata dalam hati....
"Aina, nanti dah besaq jangan buta IT macam ayah dulu..."


Thursday, January 7, 2010

Kelahiran Anakanda Sulung Royhana


Salam semua,

Just nak umumkan bahawa Royhana telah selamat melahirkan anak sulungnya pada 01.01.2010...
Nama : Muhammad Aryan Zidan

Saturday, December 12, 2009

Geng2 di Facebook

























































Ahli Kecil GengSMKTAM


Salam Semua,


Ni la wajah Puteri Sulong Mohd Firdaus Said


Nama: Nur Hasya Alya Binti Mohd Firdaus

Tarikh lahir: 27.11.2009 12.25 tgh(Hari Raya Korban)

Tempat: Hospital Manjung

Berat: 2.98 kg

Wednesday, November 11, 2009

Ahli Baru



Azizan Abdulllah
7-1-2 Pangsapuri Putri
Jalan Mat Raji
Padang Jawa,
Seksyen 17
40200 Shah Alam, Selangor.
0125399594
azn20an@yahoo.com

PRE REUNION 2009 DAN KENDURI

Salam semua....

DIkesempatan ini pengelola mencadangkan kita mengadakan reunion ke dua utk tahun ini pada hari raya haji 3 nanti...bersempena jugak majlis kenduri Cik Norhayati. Sila Beri Feedback anda semua samada berminat atau tidak...dari segi tarikh ke tempat ke...silakan

Monday, November 9, 2009

Jemputan ke Majlis Perkahwinan Norhidayati Mohd Akil

Saya Menwakili Cik NorHIdayati menjemput anda semua kengkawan sekalian ker rumahnya seperti alamat di bawah bagi memeriahkan majlis perkahwinan beliau.

Tarikh: 29.11.09 (Raya Haji ke 3)
Alamat: Batu 5 1/4 Titi Gajah (berdepan Taman Indah)
Masa: 1200-1700

Tuesday, October 13, 2009

Permata Hati Azrul dan Pasangan..


Assalamualaikum...

Aku btl2 mtk maaf drpd family Azrul (Pak Syam) sb terlalu lama amik masa utk upload gambar ni..maaf sb kesihatan aku xberapa nak mengizinkan...tp hari ni aku dah edit skit gambar anak hg..dan marilah kita sama2 menatap permata hati bg family Azrul dan isterinya..

Kejayaan Reunion Raya 2009

Alhamdulillah... walau kurang sambutan namun Reunion Raya 2009 masih berjaya dilaksanakan.... tima kaceh pada tuan rumah Cik Rosnani sekeluarga... pada tamu yang hadir juga sejuta penghargaan buat semua....nora, bariah, husin, ina, uzaini, suhana aswadi, ima, yus, pak X...samirah..kalu ada yg tertinggal harap dimaafkan....

harapan penulis...reunion akan datang akan lebih meriah... tak kira la..diadakan dirumah budak kelas mana pun...sebb kita ni semua satu famili... kelas 5 sc2 ker 5 sc 1 ke...5B ker...angka lain ke... semua dr SMKTAM (SMTAM...nama dulu) janganlah ada jurang perbezaan lagi....kan tujuan kita...nak eratkan kembali silaturrahim kita semua....

maaf zahr dan batin...

p/s: gambar belum dapat lagi la...dr jurugambar kiter

Friday, September 11, 2009

Reunion Raya 2009 (Latest info)


Assalamua'laikum wbt...

Setelah mendapat perkenan dari seorang gengsmktam,adalah ini dimaklumkan bahawa butir2 Reunion Raya Gengsmktam 2009 telah dipinda, dan maklumat terbaru adalah seperti berikut:

Tuan Rumah : Rosnani Bt. Noh (019-4144166)

Tarikh : Raya ke-3

Masa : 2pm

Alamat : No. 11, Taman Talapia,Jalan Suka Menanti, Alor Star, Kedah.(berhampiran Kompleks Mahkamah baru,jalan pintas dari shahab perdana ke jalan alor gunung)

Semua ex-student SMKTAM dijemput hadir. RSVP digalakkan sebelum hari raya untuk tujuan tuan rumah membuat persiapan awal.





Friday, September 4, 2009

Ahli Baru Gengsmktam

Alhamdulillah..member kita Norazlifasyar telah selamat melahirkan seorang putera pada Hari Kemerdekaan baru2 ni...3.3kg..Selamat datang ke dlam keluarga Gengsmktam pada Mohamad Danish Shah..

Tuesday, September 1, 2009

REUNION RAYA 2009

ada sesiapa yg sudi menjadi tuan rumah reunion 2009. sila maklumkan dengan kadar segera

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan...


Assalamualaikum w.b.t...

maaflah lambat update blog kita ni..lately kita telah dikejutkan dgn penularan wabak H1N1 yg begitu mengancam kehidupan kita semua..agak terbatas utk kita menjalani aktiviti2 harian kan..namun apa yg didoakan agar kita semua terhindar daripada wabak berbahaya ini..Amin..

kini Sya'ban akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan Ramadhan akan bertahta semula..bulan yg penuh dgn keindahan..kenikmatan..keinsafan dan keajaiban..

marilah kita bersama2 menadah tangan, memanjat kesyukuran kerna dgn limpah kurnia-Nya, kita masih lagi bernafas dan dapt menjalani ibadah puasa pd thn ini..marilah kita bersama2 menyerah diri pd-Nya serta bersama2 mengejar CINTA-Nya..

*sALLy*

Monday, August 3, 2009

Malam Nisfu Sya'ban..

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW dan bergerak.

Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda SAW selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.

"Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Sumber:-

Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi

Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam


**jadi, jgn lupa hari Rabu ni adalah 14 Sya'ban 1430..pasanglah niat kwn2 semua ya..mudah2n kita akan sentiasa diberkati-Nya..Amin..
*sALLy*

Welcome baby..

Assalamualaikum..

sebentar tadi aku br ja terima sms yg berbunyi,

"Alhamdulillah, Izz An Nisa Saffera selamat dilahirkan harini 03.0809 di HUKM"
-sms drpd : Imaliana

so, ucapan tahniah pd beliau sekeluarga..nmpknya keluarga Imaliana sudah bertambah..mudah2n bertambah2la rezeki beliau jua..amin..

Wassalam...
*sALLy*

Tuesday, July 21, 2009

Ahli Keluarga Baru

Ni gambar anak uzaini diambil dari blog uzaini sendiri. Tahniah dari gengsmktam buat uzaini sekeluarga



Aina Hadirah

Wednesday, July 15, 2009

Salam Rejab..

Assalamualaikum..

Maafla geng2 semua aku lambat update blog sek kita ni..di sini aku ingin kongsikan sedikit ilmu bersama2 geng2 semua..dan belum terlambat aku ucapkan Salam Rejab..mudah2n di bulan yg mulia ini, dptlah kita bersama2 bekerja dgn lebih keras utk mendapt rahmat-Nya, insya-Allah..dan jgn lupa 20hb Julai 2009 nanti utk berpuasa sunat..hari itu adalah Hari Israk dan Mikraj serta kebetulan jatuh pd hari Isnin..mmg berbaloi-baloi..

..s@LLy

Tuesday, July 14, 2009

Berminat Berniaga????



Salam semua,

Sesiapa yg ingin berniaga menjual diaper boleh la menghubungi aku. 012-5994448 firdaus
murah dan menguntungkan